Tuesday, 12 July 2016

SEKAPUR SIRIH SETIAUSAHA AGUNG

Assalammualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh...

Merujuk semua perkara adalah milik Allah saya bersedia melakukannya untuk kebaikan umat Islam di seluruh dunia.Penghantaran saya ke semua lokasi khas seluruh dunia membolehkan saya melihat sendiri dengan mata saya kedaifan,keperluan dan permintaaan mereka yang memerlukan.Saya akan berusaha dengan gigih bertemu Ketua Pemimpin Islam bahawa mereka perlu memandang lebih jauh.Lihat keperluan umat Islam minoriti di negara bukan Islam.

Kadang kala tiada Al Quran di kawasan mereka,mereka tiada bekalan air bersih,pemimpin Islam tidur lena di istana mewah sedangkan satu kelompok umat Islam tiada rumah kediaman dan daif.Diarahkan saya mengutuskan surat-surat khas kepada mereka ini dan berbincang keperluan umat Islam di kawasan tertentu.

Jika tiada World Islamic Development Organization tiadalah tugas saya untuk umat Islam lain.Adanya WIDO maka inilah platform saya membantu umat Islam yang memerlukan.Semua perkara perlu dilakukan akan dilakukan secara perlahan termasuk menegur pemimpin Islam yang lemah dan bersekongkol dengan perkara yang salah.

Saya berusaha dan memerlukan sokongan daripada anda semua.Inilah suatu perjuangan menggunakan akal fikiran waras dan tiada kekerasan dilakukan.

Sekian Terima Kasih.

Dato' Nur Sahar bin Osman
Setiausaha Agung
World Islamic Development Organization.

No comments:

Post a Comment