World Islamic Developent Organization satu pertubuhan yang ditubuhkan kerana Allah dan untuk tujuan pembangunan agama Islam.Melihat kepada perkembangan umat Islam di seluruh dunia adalah lebih baik satu organisasi dibentuk secara bersama agar pemasalahan dan keperluan umat Islam dapat disediakan dan diselesaikan secara bersama.Bermula dari Melaka ke seluruh dunia dengan inisiatif dan kemampuan yang tertentu Insya Allah kita akan berjaya melakukannya.
Sukacita dimaklumkan saya bahawa kerja-kerja penjagaan masjid dan surau di Melaka telah dilakukan setahun lalu dan 100 masjid dibersihkan secara berkala.Saya merancang agar kerja-kerja pembersihan masjid & surau ini dapat diperluaskan ke seluruh Melaka.Jawatankuasa Khas Penjagaan Masjid & Surau ini sedang dibentuk oleh saya.Insya Allah segera dilakukan setelah berbincang bersama Jabatan Agama Islam Melaka.
Wakaf Al Quran World Islamic Development Organization ke seluruh dunia.Kita perlu terus merancang agar rancangan ini berjaya.Umat Islam berada di seluruh dunia dan kadang kala mereka tidak mempunyai Al Quran untuk dibaca terutamanya mereka di kawawasan minoriti Islam.Al Quran wakaf WIDO ini dihantar oleh juruterbang khas ke seluruh dunia.
Kawasan Islam minoriti sedang diberi perhatian khas dan Insya Allah kita akan mendekati mereka semua.WIDO memberi tumpuan kepada orang Islam yang daif,fakir,miskin,ibu tunggal di seluruh dunia.Peringkat awal kita kenal pasti,kemudian kita pilih mereka yang boleh bersama kita dan kemudian kita salurkan bantuan.
Ini ialah satu perjuangan.Saya telah memulakan semenjak dahulu lagi.Perjuangan ini akan diwarisi kepada mereka yang mencintai Allah dan agamanya.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah.Wassalamu Alaikum Warah MatuAllah Hi Warakatuh...
Datuk Hj. Md Ramly bin Mohamad
Pengerusi
World Islamic Development Organization.
No comments:
Post a Comment