Wednesday, 13 July 2016

USAHA-USAHA PERTUBUHAN

USAHA-USAHA PERTUBUHAN WORLD ISLAMIC DEVELOPMENT ORGANIZATION
Perbincangan Bersama Pengasas Wakaf An-Nur Corporation Berhad,
Tan Sri Muhammad Ali Bin Hashim.
Penyerahan 200 naskah Al Quran Kepada DMDI
Di Yala,Thailand.
Kunjungan Hormat Ke Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
Di Songkhla,Thailand.
Perbincangan Bersama Pengurus Besar DMDI,
Datuk Abu Bakar Bin Abdul.
Lawatan Dan Taklimat Pengurusan Masjid Ke
 Masjid Al-Muktafi Billah,
Terengganu.
Melawat Masjid Raudhatul
Saudah,Songkhla,
Thailand.

Kunjungan Hormat President Majlis Agama
Islam Songkhla,Thailand.
 Penyerahan Wakaf Al Quran di Masjid Nurul Islam Measot
Thailand
                             

Tuesday, 12 July 2016

WAKAF AL QURAN



WAKAF AL QURAN

Wakaf Al Quran adalah salah satu aktiviti yang sedang WIDO jalankan. Al Quran ini dihantar ke tempat-tempat yang memerlukan ataupun di atas permintaan sesebuah organisasi. Sehingga kini WIDO telah menyampaikan sebanyak 1500 buah naskhah Al Quran ke seluruh dunia. Di antara negara yang telah menerima Al-Quran wakaf ini ialah Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun, Hong Kong, Denmark, Myanmar, Paris, Korea Selatan dan Australia. Permintaan terhadap Al Quran wakaf ini semakin hari semakin meningkat.
Wakaf Al Quran ini dibuka kepada orang ramai dan sepanjang tahun. Harga senaskhah Al Quran ialah RM35.00.

MAKLUMAT AKAUN WAKAF AL QURAN
Edaran Sejuta Naskhah Sedunia Enterprise
040100010428294
Alliance Bank
Keratan Akhbar Melaka Hari Ini
 
Sokongan Daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Songkhla, Thailand
Kunjung Hormat Deligasi Dunia Melayu Dunia Islam Thailand
Kunjung Hormat Ke Dinas Parawisata, Siak Indrapura, Indonesia
Penyerahan Al Quran di Masjid Al-Fuqron, Medan untuk kelas mengaji dewasa.
Penyerahan Al Quran untuk kelas mengaji Bantan Tua, Bengkalis
Penyerahan Al Quran di Surau Nur Al-Falah, Johor
Penyerahan Al Quran untuk kelas mengaji di Bantan Baru, Bengkalis
Penyerahan Al Quran di Kyoto Muslim Association, Jepun 
Penyerahan Al-Quran di Masjid Myawaddy, Myanmar
Penyerahan Al Quran di Malaysia Hall, Paris
Penyerahan Al Quran di Masjid Al-Fattah, Tak, Thailand

LOKASI AL QURAN WAKAF YANG TELAH DIHANTAR

1) Yala, Thailand
2) Masjid Raudhatul Sauda, Songkhla, Thailand
3) Kyoto Muslim Association, Jepun
4) Masjid Osaka, Jepun
5) Masjid As-Saudah, Sibu, Sarawak
6) Masjid An- Nur, Sibu, Sarawak
7) Surau Darul Islam, Sibu, Sarawak
8) Masjid Baitul Makmur, Ledang, Johor
9) Masjid Jamek Al-Firdaus, Ledang, Johor
10) Masjid Al-Munir, Muar, Johor
11) Masjid Jamek Al-Husna, Muar, Johor
12) Madrasah Tul Khairiah, Muar, Johor
13) Surau Parit Besar, Muar
14) Masjid Jamek Nurul Hidayah, Muar, Johor
15) Surau Parit Unas, Muar, Johor
16) Masjid Parit Haji Ali, Muar, Johor
17) Surau Parit Samsu, Muar, Johor
18) Masjid Ubudiah, Muar, Johor
19) Surau Darul Iman, Muar, Johor
20) Surau Nikmat, Parit Jawa, Muar, Johor
21) Masjid Jamek Parit Jamil, Muar, Johor
22) Surau Nur Al-Falah, Muar, Johor
23) Masjid Jamek Parit Pecah, Muar, Johor
24) Masjid Jamek Parit Bulat, Muar, Johor
25) Masjid Jamek Seri Menanti, Muar, Johor
26) Surau Sungai Pulai, Muar, Johor 
27) Surau Al-Ehsan, Muar, Johor
28) Masjid Darulhana, Kuching, Sarawak
29) Surau Bandarshah, Kuching, Sarawak
30) Masjid Khowloon, Hong Kong
31) Kelas Mengaji Bapak Auzar, Bantan Tua, Bengkalis, Indonesia
32) Kelas Mengaji Ibu Nur Baini, Jangkang Tua, Bengkalis, Indonesia
33) Kelas Mengaji Bantan Tua 2, Bengkalis, Indonesia
34) Kelas Mengaji Desa Bantan Tua, Bengkalis, Indonesia
35) Kelas Mengaji Desa Taman Sari Bantan Tua, Bengkalis, Indonesia
36) Copenhagen, Denmark
37) Batam, Indonesia
38) Masjid Prachuap Kiri Khan, Thailand
39) Masjid Mahanak, Bangkok, Thailand
40) Masjid A-Fattah, Tak, Thailand
41) Masjid Nurul Islam, Mea Sot, Thailand
42) Masjid Myawaddy, Myanmar
43) Masjid Al-Falah, Lamphang, Thailand
44) Masjid Lamphung, Thailand
45) Masjid Hidayatul Islam Ban Haw, Chiang Mai, Thailand
46) Masjid Al-Jamiatul Chang Khlan, Chiang Mai, Thailand
47) Masjid Nurul Ibadah, Chumpon, Thailand
48) Masjid Jabbal Nur, Phuket, Thailand
49) Masjid Nurul Islam, Chiang Mai, Thailand
50) Malaysia Hall, Paris
51) Masjid Seoul, Korea Selatan
52) Tanjung Balai, Indonesia
53) Siak, Indonesia
54) Malaysian Hall, Australia
55) SRA JAIM Bukit Katil, Melaka
56) Pertubuhan Cina Muslim, Melaka
57) Kolej Vokasional Jasin, Melaka
58) Masjid Al-Fuqron, Medan, Indonesia
59) Masjid Al-Muhajirin PTPN IV, Pulu Raja, Medan, Indonesia
60) Masjid Al-Hidayah, Medan, Indonesia
61) Masjid Raya, Indonesia
62) Masjid Raya Sungai Apit, Siak, Indonesia


Peranan Kita

PERANAN KITA SEBAGAI UMAT ISLAM

Wakaf adalah salah satu ibadah yang unik dan teristimewa kerana ia dpat menyumbangkan kepada kesejahteraan sosial dan ekonomi ummah.Ini kerana,pewakaf akan mendapat ganjaran pahala yang berkekalan daripada Allah SWT selagi mana harta yang diwakafkan itu dimanfaatkan bersama.


Maka dengan itu, harta wakaf yang kekal zatnya dapat dikembangkan untuk menjana kekuatan ekonomi umat Islam dan dapat dimanafaatkan hasilnya kepada semua lapisan masyarakat walaupun sumbangan yang diberikan adalah sedikit sahaja. Inilah antara hikmah, keunikan dan keberkatan yang wujud di dalam amalan wakaf.

Orang yang mewakafkan hartanya dengan niat yang ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah SWT, pastinya Allah SWT akan menggandakan ganjara pahala kepadanya disamping menggantikan harta pewakaf tanpa sedikitpun dikurangkan.


Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 261;

"Perumpamaan (derma atau nafkah) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui".







SEKAPUR SIRIH SETIAUSAHA AGUNG

Assalammualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh...

Merujuk semua perkara adalah milik Allah saya bersedia melakukannya untuk kebaikan umat Islam di seluruh dunia.Penghantaran saya ke semua lokasi khas seluruh dunia membolehkan saya melihat sendiri dengan mata saya kedaifan,keperluan dan permintaaan mereka yang memerlukan.Saya akan berusaha dengan gigih bertemu Ketua Pemimpin Islam bahawa mereka perlu memandang lebih jauh.Lihat keperluan umat Islam minoriti di negara bukan Islam.

Kadang kala tiada Al Quran di kawasan mereka,mereka tiada bekalan air bersih,pemimpin Islam tidur lena di istana mewah sedangkan satu kelompok umat Islam tiada rumah kediaman dan daif.Diarahkan saya mengutuskan surat-surat khas kepada mereka ini dan berbincang keperluan umat Islam di kawasan tertentu.

Jika tiada World Islamic Development Organization tiadalah tugas saya untuk umat Islam lain.Adanya WIDO maka inilah platform saya membantu umat Islam yang memerlukan.Semua perkara perlu dilakukan akan dilakukan secara perlahan termasuk menegur pemimpin Islam yang lemah dan bersekongkol dengan perkara yang salah.

Saya berusaha dan memerlukan sokongan daripada anda semua.Inilah suatu perjuangan menggunakan akal fikiran waras dan tiada kekerasan dilakukan.

Sekian Terima Kasih.

Dato' Nur Sahar bin Osman
Setiausaha Agung
World Islamic Development Organization.

SEKAPUR SIRIH PENGERUSI

Assalammualaikum Warah Matuallahi Wabarakatuh....

World Islamic Developent Organization satu pertubuhan yang ditubuhkan kerana Allah dan untuk tujuan pembangunan agama Islam.Melihat kepada perkembangan umat Islam di seluruh dunia adalah lebih baik satu organisasi dibentuk secara bersama agar pemasalahan dan keperluan umat Islam dapat disediakan dan diselesaikan  secara bersama.Bermula dari Melaka ke seluruh dunia dengan inisiatif dan kemampuan yang tertentu Insya Allah kita akan berjaya melakukannya.

Sukacita dimaklumkan saya bahawa kerja-kerja penjagaan masjid dan surau di Melaka telah dilakukan setahun lalu dan 100 masjid dibersihkan secara berkala.Saya merancang agar kerja-kerja pembersihan masjid & surau ini dapat diperluaskan ke seluruh Melaka.Jawatankuasa Khas Penjagaan Masjid & Surau ini sedang dibentuk oleh saya.Insya Allah segera dilakukan setelah berbincang bersama Jabatan Agama Islam Melaka.

Wakaf Al Quran World Islamic Development Organization ke seluruh dunia.Kita perlu terus merancang agar rancangan ini berjaya.Umat Islam berada di seluruh dunia dan kadang kala mereka tidak mempunyai Al Quran untuk dibaca terutamanya mereka di kawawasan minoriti Islam.Al Quran wakaf WIDO ini  dihantar oleh juruterbang khas ke seluruh dunia.

Kawasan Islam minoriti sedang diberi perhatian khas dan Insya Allah kita akan mendekati mereka semua.WIDO memberi tumpuan kepada orang Islam yang daif,fakir,miskin,ibu tunggal di seluruh dunia.Peringkat awal kita kenal pasti,kemudian kita pilih mereka yang boleh bersama kita dan kemudian kita salurkan bantuan.

Ini ialah satu perjuangan.Saya telah memulakan semenjak dahulu lagi.Perjuangan ini akan diwarisi kepada mereka yang mencintai Allah dan agamanya.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.Wassalamu Alaikum Warah MatuAllah Hi Warakatuh...


Datuk Hj. Md Ramly bin Mohamad
Pengerusi 
World Islamic Development Organization.