Wakaf adalah salah satu ibadah yang unik dan teristimewa kerana ia dpat menyumbangkan kepada kesejahteraan sosial dan ekonomi ummah.Ini kerana,pewakaf akan mendapat ganjaran pahala yang berkekalan daripada Allah SWT selagi mana harta yang diwakafkan itu dimanfaatkan bersama.
Maka dengan itu, harta wakaf yang kekal zatnya dapat dikembangkan untuk menjana kekuatan ekonomi umat Islam dan dapat dimanafaatkan hasilnya kepada semua lapisan masyarakat walaupun sumbangan yang diberikan adalah sedikit sahaja. Inilah antara hikmah, keunikan dan keberkatan yang wujud di dalam amalan wakaf.
Orang yang mewakafkan hartanya dengan niat yang ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah SWT, pastinya Allah SWT akan menggandakan ganjara pahala kepadanya disamping menggantikan harta pewakaf tanpa sedikitpun dikurangkan.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 261;
"Perumpamaan (derma atau nafkah) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui".



No comments:
Post a Comment