Monday, 21 March 2016

VISI,MISI & OBJEKTIF

PENGENALAN

World Islamic Development Organization (WIDO) ialah satu pertubuhan antarabangsa yang diketuai Malaysia. Jumlah populasi umat Islam di seluruh dunia ialah sebanyak 2.1 bilion. Mereka tinggal di negara minoriti dan majoriti Islam. Bagi mereka yang tinggal di negara minoriti Islam, perhatian khas akan diberikan berkaitan kebajikan dan keperluan umat Islam.


World Islamic Development Organization (WIDO) ialah satu platform umat Islam bersatu dan bersama di dalam semua perkara terutama yang berkaitan kebajikan dan keperluan untuk kebaikan generasi Islam sekarang dan akan datang.

VISI

Mengeratkan hubungan silaturahim umat Islam di setiap negara di dunia ini. World Islamic Development Organization (WIDO) juga akan memberi penekanan terhadap umat Islam yang di dalam keadaan miskin dan daif.

MISI

Satu kumpulan kerjabersama dengan niat membantu mereka yang memerlukan kerana Allah SWT. Segala kelebihan dikongsikan dengan mereka yang memerlukan. Perkongsian maklumat, ilmu pengetahuan dan kepakaran untuk mereka yang memerlukan.

OBJEKTIF

- Mengeratkan silaturahim umat Islam di seluruh dunia.
- Membantu umat Islam yang berada dalam keadaan daif, miskin, yatim piatu dan
   mereka yang hidup serba kekurangan secara bersamanya.
- Melakukan aktiviti-aktiviti dan program yang boleh membawa manfaat kepada 
   orang Islam.
- Mengenal pasti setiap masyarakat Islam yang memerlukan bantuan di sesetengah 
   negara.

No comments:

Post a Comment